Kursus Pendek
Kursus Pendek
PENGENALAN
Kursus Pendek akan menyediakan peluang kepada masyarakat untuk mempelajari pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka terus berdaya saing dan menjana pendapatan lebih baik. Peluang ini terbuka kepada semua masyarakat setempat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat setempat.
- Membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.
- Mengurangkan masalah sosial belia.
- Memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran.
- Memberi peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat
SYARAT KELAYAKAN
- WARGANEGARA MALAYSIA
- Boleh membaca dan menulis.
PERLAKSANAAN
Kursus pendek akan dijalankan waktu cuti hujung minggu atau mengikut permintaan peserta.
BAYARAN YURAN
Mengikut kursus yang berkenaan.
Nota :
- Permohonan secara berkumpulan (10-15 orang) adalah dialu-alukan.
- Tawaran kepada pemohon (individu) akan diproses apabila bilangan peserta mencukupi.
- Borang boleh diserahkan secara terus di kaunter KKTM / pos / faks.
- Salinan borang permohonan (fotostat) adalah dibenarkan
- Details
- Created on Tuesday, 06 December 2011 13:18
- Last Updated on Thursday, 28 February 2013 06:14
- Published Date
- Hits: 10195
















