Kolej Komuniti Temerloh - Laman Utama
Kursus Teknik Mencuci dan Meluruskan Rambut - Kolaborasi Antara Hani D'Unggul dan Kolej Komuniti Temerloh telah diadakan pada 17 dan 18 Februari 2012 bertempat di Salun Kecantikan Hani D'Unggul Temerloh. Seramai 19 orang peserta telah menyertai kursus ini dan kesemua mereka berpuas hati dapat menimba ilmu di samping menyerlahkan lagi ketrampilan diri masing-masing.
Satu Program Kempen Derma Darah telah berlangsung pada 26 Januari 2012 telah berjaya dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Temerloh dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang. Program ini menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar dan kakitangan tentang betapa bernilainya setitis darah boleh menyelamatkan nyawa. Sebagai makluman, Jabatan Patologi dan Tabung Darah Hospitak Sultan Haji Ahmad Shah menawarkan perkhidmatan 24 jam sehari di dalam usaha menggalakkan lebih ramai penderma untuk menderma darah.
More Articles...
Statsistik Pelawat
![]() | Hari ini | 11 |
![]() | Semalam | 90 |
![]() | Minggu ini | 267 |
![]() | Bulan ini | 1783 |
![]() | Keseluruhan | 4592 |































